Tidur merupakan salah satu aktiviti wajib bagi semua hidupan bernyawa untuk beristirehat, bukan sahaja kepada manusia malah haiwan dan serangga lain di dunia ini.
Ketika tidur, banyak proses semulajadi yang berlaku yang mana ia sangat penting bagi tubuh badan seseorang untuk mula bekerja keesokkan harinya.
Namun pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi kepada tubuh badan kita jika kita tidak langsung tidur untuk satu tempoh masa yang lama?
Terdapat kajian juga menyatakan golongan wanita cenderung untuk tidur lebih lama berbanding lelaki namun sebabnya masih belum dipastikan. Namun menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), tempoh manusia perlu tidur secara amnya adalah berdasarkan:
- Bayi: Memerlukan tidur 14 – 17 jam sehari
- Budak: Memerlukan tidur 12 – 16 jam sehari
- Kanak-kanak: Memerlukan tidur 11 – 14 jam sehari
- Kanak-kanak prasekolah: Memerlukan tidur 10 – 13 jam sehari
- Kanak-kanak bersekolah: Memerlukan tidur 9 – 12 jam sehari
- Remaja: Memerlukan tidur 8 – 10 jam sehari
- Dewasa: Memerlukan tidur 7 – 9 jam sehari
Berikut adalah kemungkinan yang akan terjadi jika seseorang itu tidak tidur untuk tempoh masa tertentu:
- Jika tidak tidur untuk 24 jam, berikut adalah masalah yang mungkin berlaku:
- Mengantuk dengan teruk
- Lemah memori
- Cepat marah
- Sukar menilai perbuatan
- Sukar membuat keputusan
- Masalah pendengaran dan penglihatan
- Tekanan pada otot bertambah
- Koordinasi tangan-mata berkurang
- Risiko berlaku kemalangan adalah tinggi
- Jika tidak tidur untuk 36 jam, kesan yang berlaku seperti:
- Ketidakstabilan hormon
- Kepenatan kronik
- Kehilangan motivasi
- Kehilangan konsentrasi
- Sukar untuk berfikir
- Sukar untuk bercakap
- Keralatan pada sistem dan fungsi tubuh badan
- Jika tidak tidur untuk 48 jam atau bersamaan dua hari, seseorang itu mungkin mengalami tidur mikro yang berlaku dengan sekejap. Sistem imun tubuh akan mulai rosak dan meningkatkan risiko jangkitan penyakit.
- Jika tidak tidur untuk 72 jam, pelbagai fungsi otak seperti memori, konsentrasi dan lain-lain akan berada pada paras sangat rendah menyebabkan manusia menjadi seakan tidak normal. Ia menyebabkan juga mood tidak stabil, stres, kemurungan, kegelisahan dan paranoia yang teruk. Lebih menakutkan, seseorang itu boleh mengalami halusinasi apabila tidak cukup tidur selama lebiih 72 jam.
Untuk rekod, seorang manusia pernah tidak tidur selama 11 hari atau bersamaan 264 jam lamanya dan ia adalah rekod tertinggi setakat ini. Pun begitu, janganlah kita menjadikan ia sebagai contoh kerana tubuh badan manusia amat memerlukan tidur dan rehat mencukupi. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya anda mengalami masalah tidur meskipun untuk tempoh 24 jam sahaja ok?
Sumber: Hello Doktor