Bella Hadid Kongsi Kisah Diajar Berpuasa Sejak Kecil

Supermodel terkemuka antarabangsa, Bella Hadid mendedahkan beliau sebenarnya telah diajar untuk berpuasa sejak dari kecil lagi.

bella hadid kongsi kisah diajar berpuasa sejak kecil

Bella memaklumkan agama dan budaya merupakan perkara penting yang sering diajar bapanya Mohamed Hadid, yang juga merupakan seorang hartawan berketurunan Palestin.

.

"Bapa saya sangat bersemangat (mengajar hal agama dan budaya) dan itu menjadikan saya teruja untuk tahu lebih banyak perkara tentang asal usul saya," kata Bella kepada Herper's Bazaar.

.

Bella yang juga adik kepada model terkenal, Gigi Hadid berkongsi kisah bagaimana beliau meraikan bulan Ramadan dan Syawal bersama keluarganya. Namun akuinya apabila usia semakin meningkat dan sibuk dengan komitmen kejaya membuatkan dia semakin lalai dalam menjalankan ibadah itu.

bella hadid kongsi kisah diajar berpuasa sejak kecil

"Kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Saya menjalankan ibadah puasa sejak kecil.

"Tetapi apabila semakin dewasa, mula bekerja dan melanjutkan pelajaran, saya semakin sukar untuk berpuasa untuk tempoh yang panjang," katanya.

bella hadid kongsi kisah diajar berpuasa sejak kecil

Bella Hadid atau nama penuhnya Isabella Khair Hadid, dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles, California, dan pernah terpilih menjadi "Model of the Year" di Model.com's Model of the Year 2016 Awards.

 

Sumber: [1]