Nak Beli Minyak Masak, Kena Celup Dulu Jari Dalam Dakwat

Bagaikan sedang mengundi ketika musim pilihanraya. Itu yang berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Raya Lanud Sugiri, Majalengka dekat Jawa Barat, Indonesia apabila mereka menetapkan syarat kepada semua pembeli untuk mencelup jari dalam dakwat ketika membeli minyak masak.

nak beli minyak masak, kena celup dulu jari dalam dakwat

Menurut laporan, pelanggan yang rata-ratanya golongan wanita tempatan sanggup beratur berjam-jam lamanya seawal 6.30 pagi di pasar raya itu hanya kerana mahu mendapatkan dua liter minyak masak murah.

nak beli minyak masak, kena celup dulu jari dalam dakwat

Salah seorang pelanggan disitu, Imah, 56, berkata beliau beratur di depan pasar raya sejak dari jam 6 pagi lagi kerana takut bekalan minyak masak habis. Katanya lagi, selepas dua jam, barulah dia berjaya mendapatkan sebungkus minyak masak dua liter.

 

Minyak masak murah itu dijual 20,000 rupiah (RM5.90) bagi seliter dan 14,000 rupiah (RM4.10) seliter bagi munyak goreng murah.

nak beli minyak masak, kena celup dulu jari dalam dakwat

Bagi mengelakkan ia dijual secara tidak terkawal, peniaga kedai berkenaan menggunakan kaedah celupan jari kepada pelanggannya supaya lebih ramai dapat menikmati minyak masak murah ini.

 

Kerajaan Indonesia mula melaksanakan dasar satu harga untuk minyak masak bermula 19 Januari lalu. Harga jualan minyak masak di negara itu ditetapkan pada 14,000 rupiah dan ia terpakai untuk produk minyak masak yang dijual secara runcit di kedai-kedai moden atau untuk ahli Persatuan Penguasa Peruncitan Indonesia.

 

Sumber: [1]