Setiap daripada kita pasti mempunyai bau kegemaran masing-masing.
Bau boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh meningkatkan semangat, keceriaan, membuatkan individu berasa yakin dan juga selesa. Bau juga sering dikaitkan dengan memori kepada sesuatu.
.
Tahukah anda, saintis dari Universiti Oxford telah menyimpulkan bau dari vanila adalah bau yang paling menyenangkan di dunia?
Kajian dibuat penyelidik dari universiti berkenaan bersama-sama Insitut Karolinska di Sweden melibatkan 235 responden di seluruh dunia dengan objektif kajian adalah bagi memberikan bukti bahawa manusia berkongsi keutamaan untuk beberapa bau tanpa mengira latar belakang budaya.
.
"Secara tradisinya ia dilihat sebagai budaya, tetapi kita boleh menunjukkan bahawa budaya mempunyai sedikit kaitan dengannya (pemilihan bau).
"Sekarang kita tahu bahawa terdapat persepsi bau sejagat yang didorong oleh struktur molekul dan itu menjelaskan mengapa kita suka atau tidak terhadap bau tertentu," kata penyelidik di Jabatan Neurosains Klinikal Institut Karolinka, Artin Arshamian seperti dilapor media antarabangsa.
.
Selain vanila, bau sejenis bahan kimia iaitu ethyl butyrate berada ditempat kedua bau paling digemari ramai. Bau tersebut adalah seperti bau buah peach.
.
Selain itu, bau yang tidak digemari pula adalah asid isovalerik yang biasanya boleh didapati dalam makanan seperti keju, susu soya, jus epal dan juga peluh pada kaki.
.
Kajian itu dibuat selepas penyelidikan berasingan menemui bukti golongan elit diraja di Baitulmaqdis sekitar 2,500 tahun lalu dikatakan memasukkan wain mereka dengan vanila, yang mungkin diimport dari India atau Afrika Timur.
.
Sumber: [1]