Rancangan Astro, Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) merupakan pertandingan tarian 'street dance' terbesar di Malaysia yang akan ditayangkan setiap Jumaat pada pukul 10 malam bermula dari 29 September 2023 melalui saluran Astro RIA, Vinmeen, Showcase, dan Astro AEC.
Inisiatif ini adalah kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan serta Rakan Muda yang mendapat sokongan dari jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.
Peserta terpilih yang telah mengesankan hakim pada ujian bakat di AEON Mall Shah Alam pada bulan Julai akan bersaing dalam pertandingan ini. Rancangan ini akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin, dan Saint TFC, dengan Zizan Razak sebagai juri.
Pertandingan ini melibatkan empat kapten tarian terkemuka yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA, Breaking Lego Sam akan memilih kru seramai sepuluh orang berdasarkan bakat tarian mereka.
“KBS berharap agar Battleground Malaysia: Road to Gold akan menjadi platform untuk mencungkil bakat belia Malaysia, memperkasakan mereka menerusi peluang, mentor dan latihan yang diberikan oleh ahli profesional yang berkaliber, dengan aspirasi untuk memupuk generasi baharu atlet Malaysia yang akan bersinar di pentas dunia.” kata Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh.
Saksikan pertandingan sukan tarian ‘street dance’ terbesar di Malaysia, Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap hari Jumaat, 10 malam mulai 29 September. Saksikan jua di Astro AEC (Saluran 306) setiap Sabtu 11 malam mulai 30 September.