Baru Tayang 6 Hari, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Dah Tembus Kutipan RM1 Juta!

Filem sentuhan Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang disempurnakan oleh pengarah Amen Khalid yang juga anaknya, berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 juta hanya dalam tempoh enam hari tayangan di Astro First!

baru tayang 6 hari, kampong pisang berbuah dua kali dah tembus kutipan rm1 juta!

Sejak ditayangkan pada 3 Mac lalu, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali menerima banyak reaksi positif daripada para penonton yang rata-ratanya memuji bakat Amen Khalid dalam mengarahkan filem terbabit.

“Syukur Alhamdulillah filem ini mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton dan saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. InsyaAllah, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti, akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan,” kata Amen Khalid selaku pengarah Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

baru tayang 6 hari, kampong pisang berbuah dua kali dah tembus kutipan rm1 juta!

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut itu dibintangi barisan pelakon Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Paduka Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana) dan ramai lagi.

Orang ramai boleh saksikan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di Astro First saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.