Bangkok telah disenaraikan sebagai bandar nombor satu di dunia untuk ‘workation’.
Buat mereka yang tertanya-tanya, ‘workation’ itu bermaksud destinasi yang menggabungkan kerja dan percutian.
Tidak ketinggalan, Phuket turut tersenarai dalam 10 tempat teratas dalam senarai itu.
Kedua-dua destinasi yang terletak di Thailand ini sememangnya merupakan antara bandar teratas di dunia yang mana orang ramai berupaya mendapatkan rehat dari kehidupan pejabat mereka dan bercuti sambil masih aktif bekerja dari jauh.
Perkara tersebut diumumkan Lembaga Pelancongan Thailand yang mengumumkan tinjauan baru yang dilakukan oleh Holidu, sebuah enjin carian percutian Jerman, Holidu.
Dalam senarai yang menggabungkan 150 bandar di seluruh dunia itu, pelbagai faktor dipertimbangkan dan antaranya termasuklah kos menyewa apartmen, kos makan setelah seharian bekerja, kelajuan Wi-Fi, aktiviti riadah dan banyak lagi.
Yang pasti, tinjaun tersebut menyimpulkan kedua-dua Bangkok dan Phuket sebagai destinasi yang menawarkan keseimbangan kualiti hidup dan kemampuan yang menarik.
Sumber: [1]