Bang Sihyuk Rugi Lebih RM11 Bilion Lepas BTS Umum Rehat

Berikutan pengumuman mengejut yang dibuat kumpulan K-Pop mashyur, BTS berkenaan pengunduran diri mereka dari industri hiburan untuk berehat dan fokus pada aktiviti individu, ia tidak sahaja meninggalkan kesan terhadap para peminat dari serata dunia, malahan juga buat tulang belakang utama kumpulan tersebut, Bang Si Hyuk.

bang sihyuk rugi lebih rm11 bilion lepas bts umum rehat

Saham syarikat Hybe  Co., yang diasaskan oleh Bang, merosot sebanyak 25 peratus hanya dalam tempoh sehari selepas pengumuman itu dikeluarkan BTS, sekaligus mengurangkan kekayaan Bang sebanyak AS$2.6 bilion (RM11,451,700,000), menurut Bloomberg Billionaires Indeks.

“Hybe ialah rumah yang BTS bina. Apabila terdapat perubahan pada artis atau produk utama, orang ramai akan bimbang walaupun ia mungkin tidak begitu berbeza,” kata Jeff Benjamin, seorang wartawan muzik.

Bang, yang menguasai 31.8 peratus daripada Hybe, mengasaskan syarikat itu pada 2005 selepas kerjayanya sebagai penerbit muzik.

Pada tahun-tahun awalnya, syarikat tersebut hampir muflis sebelum ia memperoleh hit pertama menerusi kumpulan 8Eight, yang berjudul “Without a Heart” pada 2009.

Pada 2013, BTS mengeluarkan album sulung mereka.

Beliau mula bergelar jutawan pada 2020, yang mana pada ketika itu BTS ligat bekerjasama dengan nama-nama hebat antarabangsa seperti Halsey, Nicki Minaj, dan Steve Aoki, serta muncul di program televisyen popular Amerika Syarikat seperti The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, Saturday Night Live, dan Good Morning America.

Tahun lalu, Hybe menyaksikan lonjakan pendapatan sebanyak 58 peratus kepada hampir 1.3 trilion won (RM4,416,064,533) dengan hampir 70 peratus daripada keuntungan operasinya datang daripada label yang menguruskan BTS, menurut Meritz Securities Co.


Sumber: [1]