Bali dan kepulauan Riau, Indonesia kini telah dibuka kepada pelancong asing dari 19 buah negara bermula Khamis, 14 Oktober 2021.
Menurut Ketua Pasukan Covid-19 Indonesia, Luhut Pandjaitan menerusi kenyataan rasmi memaklumkan, kebenaran kemasukan pelancong dari 19 negara itu adalah berdasarkan standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Berdasarkan pemantauan agensi tersebut, situasi 19 negara yang terpilih ini adalah dalam fasa satu dan dua, serta kadar jangkitan yang rendah.
19 negara yang dibenarkan memasuki pusat pelancongan terkenal Indonesia itu adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), New Zealand, Kuwait, Bahrain, Qatar, China, India, Jepun, Korea Selatan, Liechtenstein, Itali, Perancis, Portugal, Sepanyol, Sweden, Poland, Hungary dan Norway.
Pelancong-pelancong yang ingin ke Bali juga perlu menerima vaksinasi lengkap dengan waktu minimum 14 hari sebelum datang ke Bali selain perlu menyediakan keputusan ujian saringan Covid-19 yang negatif.
Sumber: [1], [2]