Baju Sekolah Dah Sendat? Jangan Risau, Boleh Pakai Baju Sesuai

Sah! Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula 3 Oktober ini.

Bukan sekaligus, tetapi secara berperingkat dan mengikut Fasa PPN.

baju sekolah dah sendat? jangan risau, boleh pakai baju sesuai

Bagi negeri fasa 1, semua sekolah masih ditutup dan murid di negeri berkenaan perlu meneruskan sesi PdPR.

Sesi persekolahan secara bersemuka di negeri fasa 2 pula hanya melibatkan murid kelas peperiksaan antarabangsa dan berkeperluan khas.

Bagi negeri fasa 3 dan 4, lebih banyak sekolah dibuka dengan majoritinya mengikut sistem penggiliran.

Dalam sistem penggiliran ni, murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu separuh hadir ke sekolah dan separuh lagi jalani sesi PdPR.

Takde la sesak sangat dalam 1 kelas.

baju sekolah dah sendat? jangan risau, boleh pakai baju sesuai

Sesi persekolahan tahun ni juga akan dilanjutkan sehingga ke Mac tahun depan.

Maksudnya, pelajar tingkatan 1 tahun ni akan kekal dalam kelas yang sama sampai Februari tahun depan.

Mereka akan mulakan kelas tingkatan 2 pada Mac 2022.

Bila sekolah nak buka ni, yang paling sibuk sebenarnya ibu bapa.

Pening nak fikir pasal baju sekolah anak dah tak muat dah, almaklumlah dah berbulan-bulan  duduk rumah je sebab PKP.

Jangan risau, sebab murid sekolah boleh pakai baju biasa dulu asalkan sesuai, kemas dan sopan.

Tapi, pelitup muka wajib tau!

Ibu bapa pun ada pilihan untuk tak hantar anak ke sekolah dengan syarat perlu kemukakan surat penjelasan kepada pihak sekolah.

baju sekolah dah sendat? jangan risau, boleh pakai baju sesuai

KPM pun faham ada ibu bapa yang masih risaukan keselamatan anak-anak mereka dengan kes Covid-19 yang masih tinggi.

Semoga berjaya adik-adik 😊

Ingat, patuh SOP dan jaga kesihatan masing-masing, okay!

 

Oleh: Izzati Amir