Bahaya Pakai Headphone Terlalu Lama, Boleh Sebab Migrain Dan Beberapa Masalah Lagi

bahaya pakai headphone terlalu lama, boleh sebab migrain dan beberapa masalah lagi

Pakai headphone untuk mendengar muzik memang sangat-sangat feeling lah! Tambah-tambah waktu patah hati dan sebagainya.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa pakai headphone terlalu lama boleh menyebabkan beebrapa masalah. Berikut masalah yang boleh terjadi akibat pakai headphone terlalu lama.

1. Kekerapa Sakit Kepala Yang Membawa Masalah Migrain

Headphone sebenarnya boleh memberikan masalah migraine dengan lebih buruk. Malah, kulit kepala dan telinga akan menjadi kompres dan menyebabkan rasa sakit kepala.

2. Boleh menyebabkan muka berjerawat

Mungkin korang fikir macam tak ada kaitan kan? Tapi sebenarnya, headphone yang besar terutama dan pakai ketika bersenam dan berpeluh menyebabkan ribuan bakteria membiak dengan jayanya. JAdi, jangan pakai earphone terlalu lama.

3. Cara terbaik untuk pakai 60/60

Sekiranya korang tertanya cara terbaik untuk memakai headphone, korang guna ja teknik 60/60. Iaitu volume pada kadar 60% dan dalam masa 60 minit. Kemudian, izinkan telinga korang untuk berehat.

Sumber: WANISTA