Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini, kentang yang sudah bertunas adalah bahaya untuk dimakan.
Menurut perkongsian Dr Mazliana di laman Facebook miliknya, kentang kalau dah bertunas, terus buang tau sebab kentang macam ni sudah tinggi dengan kandungan glycoalkaloid.
Tapi kalau anda rasa sayang nak buang, tanam lah! Boleh membawa hasil juga.
Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang. Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid berbanding kentang baru tidak bertunas.
Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul.
Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid:
Tapi, kalau terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan iaitu:
-
Rendahkan tekanan darah
-
Tinggikan denyutan nadi
-
Demam
-
Sakit kepala
Lebih teruk, kentang ini juga boleh membawa kepada kematian…
“ Dulu saya sayang jugak nak buang, sebab dua biji je kentang yang tinggal, dan dah nak masak pagi tu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang dah saya.
“Kalau diorang sakit, lagi teruk saya nak handle lepas tu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan. Boleh ya, sama-sama kita cuba,” kata Dr Mazliana.
Sumber: Facebook @Mazliana Mazlan