Teruja Nak Berbuka Tapi Kena Tahu Bahaya Bawa Bayi Ke Bazar Ramadan!

Kehadiran bulan Ramadan seakan tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan berdekatan anda.

teruja nak berbuka tapi kena tahu bahaya bawa bayi ke bazar ramadan!

Di bazar Ramadan inilah kita dapat mencari pelbagai juadah enak yang mungkin sukar ditemui pada bulan-bulan lain selain dibulan Ramadan.

 

Disebalik keterujaan ini, perlu diingatkan akan bahaya membawa bayi, terutama dibawah usia 1 atau 2 tahun berkunjung ke bazar Ramadan.

teruja nak berbuka tapi kena tahu bahaya bawa bayi ke bazar ramadan!

Ini adalah kerana terlalu ramai orang yang berada di bazar Ramadan, berpusu-pusu, berasap dan sesak hingga boleh menggangu kesihatan bayi.

 

Kita sedia maklum tahap imuniti bayi adalah rapuh pada awal usia mereka. Jadi, kebarangkalian untuk bayi terkena penyakit apabila berada bazar Ramadan yang sesak dengan orang adalah sangat tinggi.

 

Alternatif yang boleh dicadangkan adalah, pesan sahaja pada suami atau adik beradik lain untuk membeli juadah di bazar Ramadan, tanpa membawa bayi kecil anda bersama. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

 

@audelianaturalshq

mummy ! ingat pesanan ni. jaga kesihatan anak mummy okay.

♬ Ramadan Kareem - Megan Yagami

 

Baca: Jom Semak Sini Senarai Bazar Ramadan di Selangor Tahun 2024

 

Sumber: Tiktok