Bahasa Indonesia, Thai & Tagalog Akan Diajar di Harvard

Universiti terkemuka dan tertua di Amerika Syarikat, Harvard dilapor bakal memperkenalkan kursus bahasa Tagalog, iaitu bahasa keempat paling ramai ditutur di negara itu.

bahasa indonesia, thai & tagalog akan diajar di harvard

Untuk itu, Jabatan Pengajian Asia Selatan universiti berkenaan akan melantik tiga instruktor untuk mengajar bahasa Tagalog, bahasa Indonesia dan bahasa Siam untuk tahun akademik 2023 hingga 2024.

 

Bagi membiayai inisiatif berkenaan, bajet sebanyak AS$1 juta juga akan dikumpulkan menerusi kaedah sumbangan.

 

"Kami harap juga boleh menggunakan ini untuk meyakinkan pentadbiran supaya terus menyokong pengajian Asia Tenggara," kata Pengarah Bahasa dan Ketamadunan Asia Timur Pusat Asia Universiti Harvard, Prof James Robson.

 

Di Filipina, bahasa Filipina adalah nama bahasa kebangsaan negara itu yang berasaskan bahasa Tagalog. Manakala bahasa Filipina dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa rasmi negara tersebut.

 

Selain Harvard, universiti lain yang turut menawarkan program bahasa berkenaan adalah Universiti Washington di Seattle, Universiti Pennsylvania di di Philadelphia; Universiti California San Diego di La Jolla di California; Universiti Cornell di Ithaca, New York dan Universiti Michigan di Ann Arbor.

 

Sumber: BH