Astro Shaw Gabung Dengan Penerbit Indonesia Hasilkan Filem Backstage

astro shaw gabung dengan penerbit indonesia hasilkan filem backstage

Selepas beberapa siri kejayaan, Astro Shaw terus berani mengorak langkah dalam menghasilkan filem. Astro Show terus giat menghasilkan filem dan yang terbaru sebuah filem kolaborasi Malaysia-Indonesia, Backstage.

Kali ini, Astro Shaw telah meluaskan sayap dengan bekerjasama dengan sebua penerbit hebat dari Indonesia yang pernah menerbitkan filem Gundala, Ideosource Entertainment (IDEO) dan Paragon Pictures serta pelabur dari Endavor Content dan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX) dengan sokongan oleh Tokopedia.

Secara ringkasnya, filem Backstage merupakan filem bergenre drama di mana mengangkat tema saudara perempuan serta muzik. Filem ini pastinya akan menjadi gempak kerana mendapat sentuhan daripada pengarah filem ‘Ayat-ayat Cinta 2’ dan beberapa filem hebat lain, Guntur Soeharjanto.

Para pelakon pula bukan calang-calang. Sissy Priscillia dan VAnesha Prescillia telah dipilih untuk memegang watak utama sebagai adik beradik. Difahakan, filem ini akan menemui penonton Indonesia terlebih dahulu iaitu pada Jun 2020 dan penonton Malaysia pada Julai 2020.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok) on