ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN Anjur Program Korban Bersama Jenama Siti Khadijah

Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ bersama empat stesen radio popular termasuk ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. 

 

 

Buat pertama kalinya program ini dijalankan Astro Radio dengan kerjasama syarikat Siti Khadijah bertujuan untuk mengimarahkan ibadah korban selain untuk merapatkan hubungan antara dua jenama ini. 

Bukan itu sahaja, ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN turut membuat siaran secara langsung luar konti bermula jan 6 pagi di laman Khadijah. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

 

Ibadah korban ini melibatkan proses penyembelihan sebanyak 5 ekor lembu dan daging korban tersebut telah diagihkan kepada Astro Radio, Siti Khadijah, golongan asnaf yang memerlukan dan penduduk setempat.