Astro Kini Menawarkan BIZfibre Baharu Bagi Membantu Para Peniaga

Astro baru-baru ini telah melancarkan BIZfibre baharu, perkhidmatan jalur lebar generasi akan datang dengan penghala WiFi-6 yang menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi pada kestabilan yang lebih baik kepada perniagaan.

astro kini menawarkan bizfibre baharu bagi membantu para peniaga

BIZfibre yang dikuasakan oleh Astro Fibre, adalah pelengkap sempurna kepada Pek TV komersialnya yang menawarkan sukan secara siaran langsung, rancangan TV terbesar, filem blokbuster dan berita terkini.

“Memandangkan perniagaan kini menjadi lebih global dan berdaya saing, ia adalah penting bagi semua usahawan sehingga syarikat besar untuk mempunyai akses yang lebih baik kepada sambungan yang lebih pantas dan dipercayai. SME merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia yang menyumbang 97% daripada jumlah pertubuhan perniagaan. 

“Kami berharap untuk bekerjasama dengan sektor SME menerusi tawaran sambungan dan penyelesaian hiburan dengan WiFi bertaraf dunia serta kandungan menarik yang sah. Melalui perkhidmatan ini, SME akan berasa tenang apabila mengetahui bahawa mereka melanggan pakej komersial TV yang sah dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka”, kata  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro - Designate, Euan Smith. 

astro kini menawarkan bizfibre baharu bagi membantu para peniaga

Sempena pelancaran BIZfibre, Astro menawarkan Pek VIP dengan 59 saluran dan Pek Plus VIP dengan 70 saluran. Pek VIP disertakan dengan semua pas sukan VIP seperti Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan sukan secara siaran langsung lain yang menarik seperti Liga Perdana, La Liga, Ligue 1 dan Serie A, Formula 1, UFC, NBA dan banyak lagi 

Pek VIP Plus termasuk Pas Sukan VIP dan Pas Ragbi dengan 8 skrin sukan yang berbeza secara serentak, dilengkapi dengan pilihan kelajuan jalur lebar sama ada 500Mbps atau 800Mbps secara percuma sehingga 24 bulan. 

Astro’s Business Solutions membantu perniagaan pulih dengan kukuh apabila ekonomi dibuka semula supaya mereka boleh terus melayani pelanggan, kini menggunakan sambungan jalur lebar BIZfibre bersama tawaran kandungan TV Astro yang menarik.