Astro Kembangkan Katalog Drama Premium Dengan Adaptasi Siri Luar Negara Buat Penonton Malaysia

Astro, syarikat penyiaran terkemuka Malaysia menerusi anak syarikatnya iaitu Astro Shaw peneraju industri perfileman tempatan, telah mendapat lesen hak cipta drama siri thriller yang tercalon di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Awards, ‘Liar’ untuk diadaptasi ke dalam format Malaysia.

astro kembangkan katalog drama premium dengan adaptasi siri luar negara buat penonton malaysia

‘Liar’ merupakan idea asal oleh calon penerbit dan penulis skrip terbaik di BAFTA dan Golden Globe, Harry dan Jack Williams.

Selain ‘Liar’, konten lain yang juga mendapat hak cipta adaptasi menerusi kerjasama bersama Astro termasuk drama siri ‘Call My Agent! (Dix Pour Cent)’ yang merupakan pemenang dua tahun berturut-turut bagi Drama Siri Televisyen Terbaik di Globes de Cristal Awards, France pada 2018 dan 2019.

Hasil usaha sama ini turut melibatkan Double Vision sebagai produksi yang akan menghasilkan ‘Liar’, yang pernah mengeluarkan drama siri ‘The Bridge’ pada 2018, yang pernah dicalonkan untuk TV Format Adaptasi Terbaik (Skrip) di The ContentAsia Awards.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami amat teruja untuk menghasilkan drama siri premium yang akan diadaptasi daripada siri terbaik antarabangsa untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia. 

“Kami percaya usaha bersama produksi Double Vision ini bukan sahaja mampu memberi percaturan berbeza buat landskap industri seni tempatan, tetapi turut melihat kerjasama strategik bersama All3Media International dapat memperkukuhkan keupayaan Astro sebagai platform yang menghasilkan karya dengan hasil produksi berkualiti tinggi serta berada di landasan yang tepat untuk mendominasi arena antarabangsa menerusi drama premium terbitannya.

“Sementara itu, kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada produksi Double Vision kerana memainkan peranan penting dalam usaha sama ini dan kami teruja untuk kerjasama dengan salah satu produksi terbaik Malaysia tersebut.”

ARTIKEL BERKAITAN