Bertemakan ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro selaku syarikat penyiaran dan penstriman utama negara bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre yang terdiri daripada telefilem, program hiburan, drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster yang boleh dinikmati bermula malam raya, melalui platform Astro termasuk televisyen, radio dan ruangan digital.
Meneruskan tradisi tahunan, Astro juga membawakan sebuah iklan komersil ‘Ada Apa Dengan Masa’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi Talon Creative yang diarahkan oleh Junad M. Nor daripada produksi Layar Lucida. Kisah disebalik ‘Ada Apa Dengan Masa’ memaparkan kisah seorang bapa yang merindui anak-anaknya tatkala mereka sibuk dengan tugasan harian dan menyimpulkan bahawa dengan meluangkan masa ia dapat mencipta momen-momen indah bersama keluarga dan orang tersayang. Iklan berdurasi 5 minit ini menampilkan 33 bakat Astro dan selebriti terkenal tempatan termasuk Dato’ Jalaluddin Hassan, Keanu Azman, Nas Muammar Zar (Nas T), Shiqin Kamal, Umar Shakur dan ramai lagi, mula ditayangkan mulai 27 March 2024 di televisyen dan platform digital Astro.
Berikut adalah sorotan kandungan-kandungan di platform Astro sepanjang Syawal yang bakal menjelang tiba ini:
Platform Televisyen
• Program-program menarik merangkumi telemovie, drama, hiburan, gaya hidup dan kanak-kanak pada Syawal ini, termasuk:
o Sajian telemovie yang menarik bakal menjadi pilihan penonton Malaysia dan Astro bakal menyajikan 13 buah telemovie baharu di sepanjang Syawal termasuk dua karya novelis hebat tanah air, Siti Rosmizah, drama air mata ‘Hijab Pendosa’ dan drama keluarga ‘Kerawang Untuk Adik’ serta drama ‘Pinggan Retak di Tapak Tangan’, yang bakal bersiaran pada 1 hingga 3 Syawal, 11 malam di Astro Ria (Saluran 104); telefilem romantik komedi yang bakal menceriakan suasana Syawal termasuk ‘My Famous Ex Boyfriend Raya’, ‘Chinta Wrong Direction Raya’, ‘Raya Dengan Cin(t)a’, ‘Mama Drama’, dan ‘Overnight Wali’ pada 1 hingga 5 Syawal, 10 pagi di Astro Ria (Saluran 104). Manakala Astro Warna (Saluran 107) turut tampil dengan telefilem komedi terbaik termasuk ‘Dendam Hantu Viral’, ‘Terpaling Sweet’, ‘Zero To Millionaire’, ‘Manaf, Zahir dan Bunian’ dan ‘Awak Terlalu Ganu Untuk Saya’ pada 1 hingga 5 Syawal, 4 petang.
o Program variasi dan hiburan pula bakal menyajikan malam raya istimewa, ‘Bombastika Raya’, konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’, ‘A Decade : Cakra Khan’, ‘Kenapa Singgah Kalau Tak Nyanyi’, ‘All Stars GegarVaganza Beraya di Ladang’, ‘Annyeong! Big Stage Raya’, ‘Celebrity Family Feud Malaysia 2024’, ‘Next To Neelofa Raya 2024’.
o Program pentas komedi No. 1 Malaysia, ‘Sepahtu Reunion Raya’, ‘Sherrina Show : Risik Shuben Sherry’, program pilihan penonton ‘Travelawak Projek Bapak Bapak Musim 3’, episod istimewa hari raya Travelawak : Bapak Bapak Balik Kampung!’, ‘Lawak Orang Lejen’, ‘Anak Angkat Vibin’ In Borneo’ ‘Terkena’ dan ‘Yak Yak Yeay Raya’, eksklusif di Astro Warna (Saluran 107).
o Manakala program kanak-kanak, ‘Boboiboy Movie’ pada 10 April, ‘Ri-Oh Rimba’ dan ‘Boboiboy Movie 2’ pada 17 April, ‘Famili Yang Popular’ pada 18 April, ‘Ejen Ali The Movie’ pada 24 April dan banyak lagi di Astro Ceria (Saluran 611).
Platform Digital
• Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik, termasuk:
o Program ‘No Filter’, menampilkan selebriti popular Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) menemu bual selebriti tempatan dengan soalan-soalan hangat, bermula 1 Syawal; ‘Terpaling Raya’, program temu bual yang dihoskan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Yaya Zahir, Keanu Azman dan Adriana Adnan bersama lebih 50 selebriti ternama tempatan termasuk Rozita Che Wan, Liza Abdullah, Anna Jobling dan ramai lagi, bermula 1 hingga 4 Syawal; program ‘Bual Dulu Baru Kamu Raya’ bersama pempengaruh TikTok Ubai MZ yang akan menemu bual selebriti tempatan dalam suasana santai dan berjenaka, bermula 1 Syawal, dan program realiti ‘Oh, Baby Kamal & Uqasha’, mengisahkan tentang pasangan Kamal Adli dan Uqasha Sensore yang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka, bermula 1 Syawal di platform Astro Gempak.
Astro Shaw dan Astro First
• Peminat filem boleh menyaksikan program-program menarik di pawagam, termasuk:
o Filem aksi mengujakan ‘Sheriff’, menampilkan Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan yang berganding bahu dalam menyelesaikan satu misi utama untuk menumpaskan sindiket dadah, ditayangkan di pawagam pada 18 April; dan filem aksi ‘The Experts’, mengisahkan tentang sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran hebat dalam kegiatan merompak namun terperangkap dengan ugutan besar, dilakonkan oleh pelakon handalan termasuk Dato’ Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray, ditayangkan pada 23 Mei di pawagam.
o Manakala Astro First membawakan seleksi hiburan terbaik termasuk ‘Peluang Ketiga’, mengisahkan tentang kisah romantis yang diinspirasikan daripada lagu nyanyian Nabila Razali, pada 21 Mac; filem komedi tentang perjalanan pulang seorang perantau dalam ‘Jadi Raya Tak Jadi’ pada 4 April; serta berhibur dengan konsert ‘Lah Ahmad Jatuh Cinta Live At Istana Budaya’, pada 11 April di Astro First (Saluran 480).
Platform Radio
• Pendengar Astro Radio juga boleh berhibur dengan program-program menarik, termasuk:
o Radio ERA akan melancarkan ‘Team Raya KL’, di mana pemenang bertuah bakal diberi peluang untuk beraya di rumah 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Radin dan Pak Azad dan pendengar yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk pulang beraya boleh menyertai ‘Kapten Fazziq’; ERA Sabah dan Sarawak pula bakal meraikan Hari Raya bersama pendengar di ‘Rumah Terbuka Borneo’ dengan menyajikan juadah dari Borneo untuk dinikmati oleh masyarakat setempat; Manakala SINAR membuka peluang kepada pendengar untuk menyampaikan ucapan menerusi ‘Dedikasi Malam Raya di R&R SINAR’ untuk ditujukan kepada keluarga dan sahabat handai serta peluang untuk beraya bersama selebriti dan personaliti SINAR di ‘Rumah Terbuka SINAR’; Manakala GEGAR pula menjalankan ‘Karoot Raya GEGAR Challenge’, di mana Issey akan berdikir barat dan pendengar perlu menyahut cabaran untuk memenangi hadiah dan pendengar juga boleh mengambil bahagian dalam ‘GEGAR Gi Beraya’, di mana pendengar bertuah berpeluang untuk beraya bersama personaliti GEGAR. ZAYAN turut memeriahkan Syawal ini dengan ‘Masjid Terbuka Raya’ di mana pendengar dapat beraya di masjid bersama personaliti ZAYAN dan ditemani dengan persembahan nasyid dan aktiviti kekeluargaan di sepanjang majlis. Maklumat lanjut berkaitan kempen raya boleh didapati menerusi platform media sosial jenama-jenama radio.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Raya Astro 2024, sila layari www.astroraya.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.
Sempena Raya tahun ini juga, para pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran hebat dan melibatkan diri dalam aktiviti bermanfaat, termasuk:
Tawaran untuk Pelanggan Astro
- Para pelanggan berpeluang mendapatkan sampul raya eksklusif Astro melalui aplikasi My Astro, dari 19 Mac hingga 7 Mei 2024. Penebusan sampul raya boleh dibuat di rangkaian premis Eksklusif Astro dan Rakan Kongsi Eksklusif Astro berdekatan.
- Para pelanggan juga boleh memeriahkan bulan Syawal ini bersama Astro dan jadikan ‘Masa, Anugerah Terindah’ dengan berkongsi sticker eksklusif Raya Astro di aplikasi WhatsApp bersama keluarga dan insan tersayang. Muat turun sticker WhatsApp Raya Astro di aplikasi My Astro dan SYOK.
Tanggungjawab Sosial Korporat
- Sempena Ramadan dan Raya kali ini, Astro Kasih telah membuka tabung khas dengan kerjasama Yayasan Ikhlas menerusi Kempen Kasih Ramadan. Tabung ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia dan segala sumbangan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya untuk golongan yang memerlukan.