Diplomat Amerika Syarikat (AS) semakin risau dengan kemunculan penyakit misteri yang disebut sebagai ‘Sindrom Havana’, yang mana mengakibatkan sakit kepala yang teruk, mual dan kerosakan otak.
Sindrom Havana yang masih menjadi misteri di AS dikatakan berpunca daripada serangan senjata elektronik.
Teori awal serangan itu adalah melibatkan serangan yang menggunakan gelombang mikro yang dipancarkan, hingga menyebabkan mangsa mengalami hidung berdarah, sakit kepala dan juga gejala lain. Dalam beberapa kes yang dilaporkan, pendengaran mereka dilaporkan menjadi terlalu fokus, bingit atau tajam sehingga menyebabkan rasa mual.
Naib Presiden AS, Kamala Harris pada Selasa lalu terpaksa menunda perjalanan ke Vietnam selepas kedutaan AS di Hanoi melaporkan kemungkinan ‘serangan akustik’ berlaku, hingga menimbulkan kebimbangan beliau akan menjadi mangsa serangan seterusnya.
Kali pertama sindrom itu dilaporkan adalah di Havana, Cuba, China, Jerman, Australia, Taiwan dan juga Washington.
AS tidak menolak kemungkinan ancaman sindrom Havana itu adalah disebabkan oleh Rusia, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh bagi menyokong dakwaan tersebut.
Sumber: [1]