Ini Adalah Artis K-pop Pertama Yang Berasal Dari India

Jika disebut tentang K-pop, pasti kita membayangkan artis yang berasal dari negara Korea Selatan atau sekitarnya.

.

Namun seorang gadis berusia 18 tahun ini telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila dipilih untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan K-pop dan berasal dari India.

ini adalah artis k-pop pertama yang berasal dari india

Sriya Lenka, gadis yang berasal dari India, akan menyertai kumpulan k-pop, Blackswan, bersama Gabriela Dalcin dari Brazil. Mereka berdua akan berada di Seoul beberapa bulan akan datang bagi menjalani sesi latihan.

ini adalah artis k-pop pertama yang berasal dari india

Sriya, dilahirkan di Rourkela, Odisha, India pada tahun 2003 menerima latihan klasik Hindustan dan Odissi serta tarian kontemporari lain. Beliau dipilih tahun lalu selepas menjadi finalis dalam satu pencarian global.

.

Menurut pengurusan Blackswan, DR Music, pengumuman mengenai ahli baharu kumpulan itu telah dibuat di Instagram.

.

"Sriya dan Gabi (Gabriela) akhirnya dipilih sebagai ahli Blackswan selepas menyertai program uji bakat global sepanjang tempoh enam bulan lalu," kata DR Music dalam satu catatan.

.

Blackswan mula membuat penampilan sulung pada 2020 dan kini terdiri daripada enam ahli, iaitu Youngheun, Fatou, Judy, Leia, Sriya dan Gabi.

.

Terdahulu, kumpulan itu mencari ahli pengganti selepas seorang ahlinya, Hyeme keluar dari kumpulan berkenaan pada November 2020. Sejak itu, satu pencarian global dibuat dengan lebih 4,000 penyertaan diterima.

.

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN