Lebih Besar Dari New York, Arab Saudi Rancang Bina Bandar Terapung Di Laut Merah

Arab Saudi merancang untuk membina bandar raya terapung di Laut Merah, dekat dengan sempadan Jordan dan Mesir.

lebih besar dari new york, arab saudi rancang bina bandar terapung di laut merah

Menurut Putera Mahkota negara beraja itu, Putera Mohammed bin Salman, bandar raya terapung itu bakal mempunyai keluasan sehingga 33 kali ganda dari bandar raya New York di Amerika Syarikat.

 

Menurut perancangan, bandar raya terapung yang juga dikenali sebagai Oxagon itu akan dibina di Neom iaitu bandar raya baharu dan terletak di barat laut negara tersebut.

lebih besar dari new york, arab saudi rancang bina bandar terapung di laut merah

Laut Merah mempunyai luas 438,000 km2, dengan panjangnya 2250 km dan lebarnya 355 km. Kedalaman laut mencapai 3,040 m di Jurang Suakin di bahagian tengah dengan purata dalam laut ini ialah 490m.

 

Pembinaan bandar raya Oxagon ini akan dibiayai oleh dana kekayaan negara itu, Tabung Pelaburan Awam yang mana Putera Mohammed menjadi pengerusinya.

lebih besar dari new york, arab saudi rancang bina bandar terapung di laut merah

lebih besar dari new york, arab saudi rancang bina bandar terapung di laut merah

lebih besar dari new york, arab saudi rancang bina bandar terapung di laut merah

Terdapat juga rancangan untuk penggunaan dron sebagai teksi, sebuah taman tema mirip zaman Jurasik yang mempunyai dinosaur robot dan restoran-restoran terbaik di dunia serta mendapat pengiktirafan Michelin di Neom.

 

 

Bagaimanapun kos pembinaan dan bagaimana cara menjadikan Oxagon ini terapung di laut masih tidak didedahkan.

 

Sumber: [1]