‘Covid-22’ Trending Di Twitter, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Sejak Isnin, kecoh dilaman sosial Twitter mengenai kewujudan ‘Covid-22’ yang membuatkan ramai mula bercakap-cakap mengenainya.

‘covid-22’ trending di twitter, ini sebenarnya yang berlaku

Kita tahu hanyalah virus COVID-19, yang memperoleh namanya selepas penemuan kali pertama virus korona ini pada akhir 2019. Maka, Covid-22 ini sudah pastilah merujuk kepada virus korona tahun 2022.

‘covid-22’ trending di twitter, ini sebenarnya yang berlaku

Perkataan Covid-22 dipetik daripada satu kenyataan pensyarah ETH Zurich dari Switzerland, Prof Sai Reddy, kepada portal antarabangsa The Sun baru-baru ini yang memperingatkan bahawa varian baru mungkin muncul pada tahun 2022 yang dapat menimbulkan risiko besar.

 

Menurut laporan tersebut, beliau menyebut kemungkinan ini sebagai "Covid-22" dengan mengatakan: "Covid-22 mungkin menjadi lebih buruk daripada yang kita saksikan sekarang." Sebelum ini beliau merujuk varian Delta COVID-19 sebagai “Covid-21” dalam satu temubual dengan akhbar berbahasa Jerman, Blick. Maka, Covid-22 yang dimaksudkan beliau sudah pasti merujuk kepada varian COVID-19, dan bukannya virus baharu Covid-22.

 

Namun, kenyataan beliau telah mencetuskan panik pada pengguna media sosial hinggakan “Covid-22” menjadi trending di laman Twitter.

 

Memetik laporan dari iNews UK, Prof Reddy memperbetulkan kenyataannya sambil mendakwa virus COVID-19 ketika ini akan menjadi lebih ganas pada awal tahun 2022, jika dibandingkan dengan tahun 2021.

 

"Ada kekeliruan mengenai apa yang saya maksudkan dalam wawancara saya dengan akhbar berbahasa Jerman itu. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan di sini. Tidak tepat untuk menyebutnya Covid-22, kerana nama rasmi dan betul penyakit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2 adalah Covid-19.

"Untuk memperjelas pernyataan saya, saya percaya Covid pada tahun 2022, terutama pada awal tahun (Januari - Mac) boleh menjadi lebih buruk daripada tahun ini, Covid pada tahun 2021.

“Sebab mengapa saya percaya kepada teori ini berdasarkan faktor-faktor berikut:

  1. kemunculan varian Delta yang menunjukkan penularan yang tinggi,
  2. berlaku mutasi pada lonjakan protein yang dapat menyebabkan virus ini kebal kepada kelas antibodi
  3. sebahagian besar orang yang masih tidak divaksinasi, khasnya di Switzerland dan bahagian lain di Eropah),
  4. melonggarkan sekatan yang menjadikan penyebaran virus lebih mudah”

 

Justeru, janganlah anda menyebarkan berita yang tidak ditentu sahkan kepada mana-mana platform, sebelum anda membuat semakan fakta keatasnya terlebih dahulu.