Seorang pencipta kandungan yang dikenali sebagai Whathowtry menarik perhatian ramai apabila dia mencipta resipi kopi perasa ubat gigi.
Dalam salah satu videonya yang menunjukkan resipi pelik itu, lelaki terbabit membuat kopi dengan ubat gigi dan reaksinya selepas merasai minuman tersebut membuatkan orang ramai terpegun.
Awalnya, dia mengadun ubat gigi ke dalam balang sebelum meletakkan ubat gigi yang kelihatan agak berkrim itu dan dicampur dengan susu.
Sebelum menghidangkan dirinya dengan kopi perasa ubat gigi itu, lelaki tersebut sempat menghiasinya dengan beberapa tablet pudina.
Tertanya-tanya juga apa rasa kopi perasa ubat gigi tu? Sedap ke?
Apa-apa pun, korang kena elakkan diri daripada mencuba benda yang tak pasti di rumah okey!
Sumber: [1]