Pihak pengurusan Real Madrid dilapor mula ragu-ragu dengan kemampuan Zinedine Zidane sebagai pengendali.
Real tewas mengejut 0-2 kepada tuan rumah, Shakhtar Donetsk pada aksi kumpulan B Liga Juara-Juara - kekalahan kedua berturut-turut Real jepada Shakhtar musim ini.
Sebelum ini, Shakhtar turut catat kemenangan mengejut di Santiago Bernabeu apabila menumpaskan skuad kendalian Zidane 3-2.
Lebih buruk buat Real dan Zidane, ini merupakan kekalahan ke-3 dalam 5 perlawanan terakhir mereka untuk semua kejohanan.
Real kini duduki tangga ke-3 kumpulan dan berisiko tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.
Dalam pada itu, Zidane tegaskan dia tidak akan sama sekali meletakkan jawatannya sebagai pengendali Real Madrid.
Jelasnya, dia bersama pemain akan berusaha sedaya-upaya untuk mengubah nasib pasukan itu secepat mungkin.
Zidane berkata dalam bola sepak pasti ada waktu senang dan waktu sukar namun dia tidak akan berputus-asa.
Untuk pengetahuan korang, 2 bekas juara iaitu Real dan Inter duduki 2 tangga terbawah kumpulan B ni.
Tapi kedua-dua pasukan ini masih berpeluang untuk layak dengan syarat mereka menang perlawanan terakhir masing-masing minggu depan.
Tak boleh bayang la Real Madrid tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ni. Hish!
Oleh: Karami Kamel