Apa Dah Jadi Ni De Gea?

apa dah jadi ni de gea?

Semua tahu yang Manchester United kalah 1-3 kepada Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris pagi tadi. Persembahan penjaga gol United, David de Gea jadi topik hangat sebab dikatakan merupakan punca kekalahan United. De Gea gagal menyelamatkan percubaan jarak jauh daripada pemain tengah Chelsea, Mason Mount sekaligus menghadiahkan gol kedua kepada skuad The Blues.

Legenda Liga Perdana Inggeris, Alan Shearer berpendapat sudah tiba masanya penjaga gol itu digugurkan daripada skuad utama The Red Devils. Prestasi De Gea musim ini menurun kerana banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan besar. Manchester United miliki penjaga gol muda, Dean Henderson yang beraksi bersama Sheffield United musim ini dan Shearer merasakan Henderson layak diberi peluang beraksi untuk United berdasarkan prestasi semasa.

Ole Gunnar Solskjaer bersetuju bahawa De Gea seharusnya tidak melepaskan gol kedua tersebut. Namun, pengurus United itu enggan letak seratus peratus kesalahan kepada De Gea dan menganggap ianya sebahagian daripada bola sepak. De Gea menjadi pilihan Solskjaer untuk beraksi pagi tadi kerana merasakan penjaga gol Sepanyol itu merupakan calon yang sesuai untuk bantu meneruskan rekod tanpa kalah United dalam tempoh 19 perlawanan.

apa dah jadi ni de gea?

Bekas pemain United, Phil Neville pula berpendapat De Gea telah hilang keyakinannya sebagai penjaga gol. Prestasi De Gea jauh berbeza dengan prestasinya ketika menerima anugerah sarung tangan emas Liga Perdana Inggeris 2 tahun lalu dan ianya membimbangkan.

Tidak dinafikan De Gea melakukan kesalahan, tapi adakah sebab kesalahannya musim ini maka semua sumbangannya sebelum ini terus dilupakan? Biasanya penjaga gol ni semakin berusia semakin ‘berisi’. Tak percaya? Kenal tak Gianluigi Buffon? Oliver Kahn? Iker Casillas? Edwin Van der Sar? Mereka ni semua beraksi sehingga ke hujung karier. De Gea ni baru berusia 29 tahun, umur yang masih muda untuk seorang penjaga gol.

apa dah jadi ni de gea?

Peminat United yang tengah bersedih tu, apa pendapat korang? Gugurkan De Gea dan gantikan dengan Segio Romero? Kekalkan De Gea? Atau beri peluang kepada Dean Henderson?

Oleh : Karami Kamel