Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai boneka dari siri drama Squid Game di persimpangan Tugu Pal Putih, Yogyakarta.
Video boneka Squid Game di persimpangan Tugu Yogya itu dimuat naik ke akaun TikTok @sidaivan dan Instagram @sidaivan yang mana ia kemudian menjadi tular.
Dalam video tersebut, kelihatan boneka Squid Game itu seolah-olah begitu nyata dan bergerak.
Tetapi, video tersebut rupanya adalah video yang telah diedit pemilik akaun @sidaivan, Akhmad Rivani, 24.
Ketika dihubungi media tempatan, tuan empunya badan memastikan bahawa tiada boneka Squid Game tiada di Tugu Yogya.
“Ya, itu diedit. Ia diedit kerana saya merupakan content creator,” kongsinya.
Lanjutnya lagi, dia seronok membuat suntingan video yang diilhamkan Squid Game tanpa mengetahui ia dikeluarkan tepat pada Hari Ulang Tahun ke-265 Bandar Yogyakarta.
“Dari situ saya berfikir bagaimana jika saya membuat boneka itu seolah-olah menjaga persimpangan jalan. Saya tidak tahu ia bertepatan dengan ulang tahun Kota Yogyakarta,” katanya.
Sumber: [1]