Anzalna Akui Siti Sarah Tinggalkan Legasi Besar, Sebak Bergelar Duta Ganti Arwah

Pernah ‘dilamar’ oleh Allahyarhamah Siti Sarah sebelum ini, namun komitmen terdahulu membataskan pelakon Anzalna Nasir daripada menerima tawaran tersebut.

anzalna akui siti sarah tinggalkan legasi besar, sebak bergelar duta ganti arwah

Siapa sangka, dia sekali lagi dilamar, kali ini sebagai duta tudung bawah syarikat milik arwah pula.

Namun kali ini, arwah tiada untuk meraikan bersama hari bersejarah tersebut.

“Sebelum ini pernah dilamar jadi duta tapi saya tolak kerana kebetulan ada kontrak dengan produk lain.

“Kali ini dapat tawaran jadi duta tudung, malangnya tak berkesempatan untuk bekerjasama dengan arwah.

“Saya terima walaupun dalam masa yang sama ada terima tawaran dari tudung lain.

“Dalam masa yang sama, saya terima lamaran Loveta dan mahu bantu ahli dalam Loveta sendiri.”

Bercerita mengenai situasinya yang agak emosi ketika menjalani sesi penggambaran video, akui Anzalna, dia tidak dapat menahan sebak apabila dipilih menjadi duta menggantikan arwah.

“Kita manusia dan memang emosional. Memang dah cakap dekat diri sendiri sebelum pergi shooting nak control dan jangan nangis sebab pakai mekap kan.

“Bila dengan lagu arwah dengan situasi Mak De (ibu tiri arwah) yang rapat dengan arwah.

“So bila nampak Mak De mengalir air mata, seluruh team nangis dan tak boleh nak tahan sebak dan turut sama mengalir air mata.”

Lanjut Anzalna, sebelum memutuskan untuk menerima tawaran tersebut kerana sedar tanggungjawab besar yang bakal digalas, dia sempat mengambil masa dan berbincang dengan suaminya, Hanif Zaki,

“Mulanya agak sukar untuk saya menerima lamaran ini.

“Jujur saya ambil masa sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang selama ini diusahakan oleh arwah Siti Sarah.

“Arwah meninggalkan legasi yang cukup besar ketika hayatnya. Jadi saya bimbang jika kehadiran saya akan dimarahi oleh peminat beliau.

“Namun, syukur rata-rata menyambut baik dan gembira dengan pengumuman yang dibuat.”

 

Sumber: [1]