Angka Kematian Global Akibat COVID-19 Cecah 15 Juta

Seramai 15 juta orang dianggarkan maut akibat pandemik COVID-19 dari tahun 2020 dan 2021, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

angka kematian global akibat covid-19 cecah 15 juta

Jelas WHO, kematian tersebut adalah disebabkan COVID-19 atau kesan daripada beban sistem kesihatan bagi tempoh dua tahun terbabit.

“Di peringkat global, kami anggarkan kematian akibat COVID-19 melebihi 14.9 juta hingga 31 Disember 2021.

“Ini adalah anggaran dari 13.3 juta ke 16.6 juta.

“Terdapat 5.4 juta kes COVID-19 dilaporkan bagi tempoh ini. Ia melebihi anggaran awal, yang mewakili 9.5 juta kematian atau 2.75 lebih tinggi daripada kematian awal direkodkan.

“Kematian ini 84 peratus tertumpu di Asia Tenggara, Eropah dan benua Amerika. Negara pendapatan sederhana dan rendah mewakili 81 peratus daripada 14.9 juta kematian ini.”

Dalam pada itu, Pembantu Setiausaha Agung WHO, Dr Samira Asma memaklumkan wujud kesukaran mendapatkan data tepat berikutan berlaku kelewatan melaporkan data berkaitan.

Statistik kematian adalah berdasarkan data dilaporkan negara terlibat.


Sumber: [1]