Polis Thailand Ini Tular Gara-Gara Wajah Kacak, Ramai Wanita Komen Mahu ‘Ditangkap’

Seorang pegawai polis trafik telah menjadi perhatian warganet selepas wajahnya dimuatnaik Facebook rasmi Jabatan Trafik Balai Polis Bandar Phitsanulok, Thailand.

polis thailand ini tular gara-gara wajah kacak, ramai wanita komen mahu ‘ditangkap’

Anggota polis trafik dari Thailand itu menjadi perhatian gara-gara wajahnya yang kacak, menarik minat ramai terutamanya wanita yang meminta supaya mereka ‘ditangkap’ beliau.

 

Foto yang dikongsikan melalui hantaran mesej menggalakkan pemanduan berhati-hati dan pematuhan undang-undang jalan raya, mencuri perhatian warganet khasnya para wanita.

polis thailand ini tular gara-gara wajah kacak, ramai wanita komen mahu ‘ditangkap’

Ramai juga yang bertanyakan syif pegawai itu bertugas, menyebabkan jabatan trafik itu membalas pertanyaan secara berseloroh.

 

"Nampaknya tiada siapa akan membawa lesen memandu lagi," menurut komen di laman Facebook jabatan tersebut.

polis thailand ini tular gara-gara wajah kacak, ramai wanita komen mahu ‘ditangkap’

Dalam hantaran itu, anggota polis berkenaan melaksanakan tugas di jalan raya dengan teks di sebelah imej “Boleh saya pimpin awak?” dan tanda pagar seperti #memandu dengan berhati-hati #pakai topi keledar dan #polis trafik di Phitnulok.

polis thailand ini tular gara-gara wajah kacak, ramai wanita komen mahu ‘ditangkap’

Malah segelintir wanita dilihat turut melakukan komen ‘nakal’ meminta agar anggota polis itu menjadi teman mereka.

Sumber: Sinar Harian