Sebenarnya ada banyak cara macam mana ibu bapa nak meluangkan masa bersama anak-anak dan cara yang terbaik untuk memupuk jalinan bersama anak adalah dengan mengetahui dan menyertai hobi anak-anak.
Tapi kadang-kadang tu ada hobi yang kena keluar rumah, macam susah pula kan? Haa jangan risau, ini adalah beberapa hobi yang anda boleh buat bersama anak-anak anda di rumah saja! Anak-anak mesti suka.
-
Memasak

Kalau anak anda memang gemar bermain masak-masak? Anda boleh mengajaknya ke dapur dan masak bersama anda. Resepi simple pun okay, mesti anak anda seronok. Boleh cuba nanti.
-
Bercucuk Tanam

Kalau anda rasa nak bawa anak anda bermain bersama alam, cuba ajak mereka bercucuk tanam bersama. Beli biji benih dan tanam bersama, di sini anda akan nampak anak anda akan menjaga pokoknya dengan baik sekali.
-
Menjahit

Kemahiran menjahit sebenarnya digalakkan untuk diajar kepada anak sejak mereka kecil. Anda boleh hasilkan kraf ciptaan tersendiri bersama mereka dan di sini anda akan lihat betapa kreatifnya anak anda!
-
Mengubah bunga

Mengubah bunga bersama boleh meningkatkan tahap kekreatifan anak anda, bukan sahaja anak anda dapat belajar sesuatu, malah rumah anda juga akan menjadi cantik.
-
Menonton TV Bersama

Perkara ini nampak simple, tetapi sebenarnya dengan duduk bersama seisi keluar menonton TV dapat mengeratkan lagi hubungan semasa keluarga. Mesti seronok!
Sumber: Mstar