Sungai, Tasik Makin Kering, Eropah Dilanda Kemarau Terburuk Sejak 500 Tahun

Beberapa negara Eropah kini berdepan dengan bencana alam yang teruk apabila sebahagian daripadanya mengalami kemarau berpanjangan.

sungai, tasik makin kering, eropah dilanda kemarau terburuk sejak 500 tahun

Menurut analisis yang dibuat Balai Cerap Kemarau Global (GDO), Kesatuan Eropah berkata gelombang haba yang berlaku sejak Mei lalu telah menyebabkan tanah kering, paras sungai dan tasik yang menyusut serta menjejaskan sumber tanaman.

 

"Kemarau melanda banyak wilayah di Eropah sejak awal tahun ini semakin berleluasa dan bertambah buruk setakat awal Ogos," kata laporan itu yang diterbitkan Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah. Malah, kemarau kali ini juga adalah antara yang terburuk seumpamanya sejak 500 tahun lalu.

sungai, tasik makin kering, eropah dilanda kemarau terburuk sejak 500 tahun

Antara negara yang berdepan dengan kemarau besar ini adalah seperti Itali, Sepanyol, Portugal, Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Ireland, Luxembourg, Romania dan Hungary serta negara bukan EU iaitu Britain, Serbia, Ukraine dan Moldova.

sungai, tasik makin kering, eropah dilanda kemarau terburuk sejak 500 tahun

Selain itu, ada sebahagian daripada Eropah kini berdepan pula dengan ribut petir sehingga menyebabkan beberapa kerosakan dan kerugian berlaku.

 

Sumber: HMetro // CNBC

ARTIKEL BERKAITAN