Ajaran Sesat Tawar Masuk Syurga Dengan Bayaran RM 18, Pengikut Bayar Zakat Mengikut Berat Badan

ajaran sesat tawar masuk syurga dengan bayaran rm 18, pengikut bayar zakat mengikut berat badan

 

Macam-macam orang sanggup buat untuk meraih keuntungan dengan cara yang mudah. Salah satunya adalah dengan menggunakan agama.

Satu kumpulan ajaran sesat di Indonesia telah tumpas selepas pihak berkuasa menahan seorang warga emas berusia 74 tahun yang mengaku dirinya sebagai seorang rasul.

Kumpulan yang berpengkalan di Sulawesi Selatan itu dikenali sebagai Tarekat Tajul Khalwatiyah Tariq Shaikh Yusuf. Dilaporkan, setiap ahli akan diberikan kad syurga. Namun, mereka perlu membayar Rp. 10,000 (RM 3) dan Rp. 50,000 (RM15) bagi mendapatkan kad tersebut.

Warga emas itu juga menganggap dirinya sebagai mahaguru dan mengatakan bahawa dia mampu memanjangkan umur seseorang.

"Semua pengikut juga dikehendaki membayar zakat berdasarkan berat badan iaitu 1 kilogram bersamaan dengan RM1.50 dan mereka juga perlu membayar zakat maal atau aset yang bernilai 2.5 peratus daripada hasil pendapatan mereka.

"Dia kini didakwa atas pelbagai tuduhan seperti penipuan, pencacatan nikah, talak dan rujuk, menghina agama dan pengubahan wang haram dan modus operandinya hanyalah untuk menyesatkan pengikutnya.

"Para pengikutnya dijanjikan keselamatan dunia dan akhirat, namun akhirnya agama sesat ini tumpas dan kini dalam siasatan pihak polis dan di samping kerjasama Majlis Ulama Indonesia, kita juga berjaya merampas 138 keping bukti dari kediaman lelaki itu," katanya.

Sumber: Astro Awani