Ada Apa Dalam Oscars Gift Bags Bernilai Lebih RM840 Ribu Tahun Ini?

The Academy Awards tahun ini nampaknya sedikit berbeza tradisinya jika dibandingkan dengan tahun terdahulu dek kerana pandemik COVID-19. Namun, satu tradisi tetap kukuh dan amat dinantikan setiap tahun iaitu gift bag.

 

Selama hampir 20 tahun, 25 calon pelakon lelaki dan wanita serta pengarah terbaik akan menerima produk dan baucar dari pelbagai jenama yang terkenal. Tahun ini, bertemakan "Everybody Wins", sesuai dengan pandemik COVID-19, hadiah akan dikirimkan kepada semua calon melalui Postmates.

ada apa dalam oscars gift bags bernilai lebih rm840 ribu tahun ini?

Distinctive Assets, syarikat yang berpusat di Los Angeles yang bertanggungjawab menyusun beg hadiah Oscar ini, mengatakan bahawa mereka memilih barangan yang sesuai dengan keadaan semasa pandemik.

 

"Kami mahu beg itu mempunyai tujuan yang lebih besar daripada sekadar beg yang penuh dengan barangan percuma," jelas Lash Fary, pengasas firma pemasaran Distinctive Assets.

 

Meninjau lanjut tentang beg hadiah Oscar pada tahun ini, yang dianggarkan bernilai USD205,000 (kira-kira RM 841,012.50) setiap satu, ia mempunyai banyak produk dan perkhidmatan yang berorientasikan kesihatan dan kesejahteraan. Ia termasuklah terapi vitamin concierge, pengikat kepala pengesanan tidur, latihan peribadi percuma, dan sesi sedut lemak untuk "lengan selebriti."

 

Terdapat juga penginapan percuma di resort yang menakjubkan, terutama di Hotel Pater Noster di Sweden, iaitu sebuah rumah api yang diubah menjadi hotel mewah dengan hanya sembilan bilik.

ada apa dalam oscars gift bags bernilai lebih rm840 ribu tahun ini?

Selain itu, ada juga barang yang kurang glamor seperti permainan bernilai $20, topeng muka, stokin, vitamin, biskut kedai runcit, lilin, dan pil tenaga.

 

Tetapi item paling mencuri perhatian untuk beg hadiah pada tahun 2021 ini adalah penghormatan NFT kepada pelakon Chadwick Boseman, yang dilantik secara anumerta sebagai pelakon terbaik kerana memainkan watak sebagai pemain trompet, Levee Green dalam Ma Rainey's Black Bottom.

ada apa dalam oscars gift bags bernilai lebih rm840 ribu tahun ini?

Item lain termasuklah produk kecantikan muka dan badan dari Hotsy Totsy Haus, Miage Transformative Skincare, British M Annatto Hair Oil, dan produk kesihatan seperti kapsul Elixinol Good Night CBD, dan alat akupunktur suara Taiyi Institute.

ada apa dalam oscars gift bags bernilai lebih rm840 ribu tahun ini?

Sumber: NBC