Ada 2.2 Bilion Penduduk Dunia Obesiti, Adakah Anda Salah Satu Darinya?

Obesiti merupakan keadaan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

ada 2.2 bilion penduduk dunia obesiti, adakah anda salah satu darinya?

Individu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) mencatatkan bacaan 30 dan keatas.

 

Sehingga ke hari ini, masih ramai antara kita yang mempunyai masalah kekurangan nutrisi yang dikaitkan dengan tabiat pemakanan berlebihan atau kekurangan makanan.

ada 2.2 bilion penduduk dunia obesiti, adakah anda salah satu darinya?

Laporan Nutrisi Global (GNR) mencatatkan, 48% individu di dunia ketika ini makan terlalu banyak atau terlalu kurang yang menyebabkan masalah berat badan berlebihan, obesiti atau kurang berat badan. Daripada laporan itu, sebanyak 40% dewasa atau 2.2 bilion individu berdepan dengan masalah obesiti.

 

Ia bermaksud, hampir separuh penduduk di dunia mengalami obesiti dan ia sangat membimbangkan ramai.

 

"Kematian yang boleh dielakkan berpunca daripada diet tidak sihat meningkat 15 peratus sejak 2010 dan ketika ini diet seumpama itu menyebabkan lebih satu per empat kematian dalam kalangan dewasa," kata Pengerusi Kumpulan Pakar Bebas GNR, Renata Micha.

 

Cara pemilihan makanan dan diet global menjadi pengaruh utama manusia di planet ini. Kajian mendapati, ramai yang gagal mengambil makanan yang menggalakkan kesihatan yang mencukupi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya di negara berpendapatan rendah.

ada 2.2 bilion penduduk dunia obesiti, adakah anda salah satu darinya?

Bagi negara berpendapatan tinggi pula, pengambilan makanan berbahaya seperti daging merah, tensusu dan makanan manis pula amat tinggi, dan ia sangat tidak baik untuk kesihatan manusia.

 

Menurut Hello Doktor, terdapat 6 jenis obesiti atau kegemukan yang boleh berlaku seperti:

1. Kegemukan akibat pemakanan

2. Obesiti kerana kurang bersenam

3. Kegemukan kerana berasa cemas

4. Obesiti vena, iaitu disebabkan pembuluh darah yang tersumbat

5. Kegemukan gluten, dialami oleh wanita yang memasuki fasa menopaus.

6. Obesiti aterogenik yang biasa dikaitkan dengan kerintangan insulin.

 

Jangan biarkan masalah obesiti dan ketidakseimbangan dalam nutrisi makanan menjadi penyebab kepada penyakit anda di masa hadapan. Segera dapatkan nasihat dan kaedah rawatan yang sesuai daripada doktor.

 

Sumber: [1], [2]