Abang Polis & Askar Kerjasama Baik Punya

Sedar tak sedar dah hampir seminggu kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19. Tapi kan rakyat Malaysia ni ada yang jenis degil punya. Tak makan saman. Ada je alasan dibaginya. Nak jogginglah, nak main sepak takrawlah, nak cari ketenangan dirilah…hmmm perangai!

Mengikut kenyataan Panglima ATM ada 3 juta orang lagi yang degil.  Korang ke tu? Janganlah macam ni. Nak duk rumah ke hospital? 

Jadi nak tak nak, bantuan ATM diperlukan untuk tolong PDRM kuat kuasakan perintah ni. So bila dengar je abam-abam askar nak turun padang ramailah warganet panik tak bertempat. Askar nak pukullah, nak tangkaplah…macam-macamlah fiksyen  korang reka.

Dapat sikit info je terus menggelupur, tak disemaknya dulu betul ke tak. Lepas tu main forward je. Kesudahannya panik berjemaah. Sekali lagi nak maklumkan, ATM ‘tolong’ PDRM buat kawalan. Bekerjasama, bukannya kita kena perintah darurat. 

Tolonglah ya ‘#kitajagakita’ ni jugak bermaksud jangan cetus panik tak bertempat sebab berita palsu ni boleh jadi lebih bahaya daripada virus!

abang polis & askar kerjasama baik punya

*masa nilah ayah, abah, daddy semua boleh tunjuk skill kat dapur kan. Ha ni siap pakai helmet nak tumbuk lada...hihihi

Kalau korang nak tahu, sekarang ni 1 bilion manusia kat serata dunia dalam perintah atau terpaksa berkurung dalam rumah. Bukan kita je.

abang polis & askar kerjasama baik punya

*Elok je kan beratur ikut jarak 1 meter antara satu sama lain. Ni kat Pasar Awam Taiping. Steady je abang polis & kakak RELA buat kawalan (Kredit foto : MPT)

Oklah hari ni pun dah masuk 2 hari tentera kerjasama dengan polis. Nampaknya baik-baik je. Mesra je abang polis ngan askar bertugas. Makan pun sama-sama… sweet pulak tengok…hehehe. Agensi lain pun tak dilupa termasuklah RELA dan anggota penguat kuasa PBT. Abang bomba pun. Jugak semua frontliner termasuklah akak dan abang cleaner kat hospital tu. Terima kasih. 

abang polis & askar kerjasama baik punya

*suka tengok pemandangan ni #strategilautanbiru

Kami sanjung pengorbanan dan keringat korang. 

Tabik semua! 

Ha satu lagi meh kongsi ramai-ramai hashtag ni #kamicare & #dudukrumah. Kita kongsi banyak-banyak, ulang berkali-kali supaya semua beringat. 

Semoga COVID-19 cepat sedar diri dan pergi sebab manusia tak sudi. Kami tak nak cinta bertepuk sebelah tangan ni. 

Oleh: KJ 

Sumber: AWANI, Berita Harian & internet