Selepas lebih dua tahun kita berdepan dengan situasi pandemik COVID-19, kini ramai pekerja yang mahukan waktu kerja yang lebih fleksibel.
Menurut laporan Adobe, sebanyak 51 peratus pekerja perusahaan mahukan waktu kerja yang fleksibel, melibatkan waktu kerja mereka.
.
Kajian itu dibuat pada tahun 2021 melibatkan tujuh negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis, Jerman serta Jepun membabitkan 5,500 responden.
.
Hasil kajian mendapati, pekerja di Jerman merupakan kumpulan yang paling berminat untuk menerima waktu kerja yang fleksibel, dengan 56 peratus responden menyokongnya. Perkara ini disokong dengan peratusan tertinggi pekerja di Jerman yang kini sedang menjalani gaya hidup fleksibel iaitu sebanyak 39 peratus.
.
Dalam kajian sama, Jepun merekodkan peratusan terendah memiliki waktu kerja fleksibel dengan hanya 12 peratus.
.
Kajian itu turut merekodkan generasi muda lebih mengambil berat terhadap jadual kerja mereka. Malah sebanyak 73 peratus kumpulan milenial menyatakan mereka akan menukar pekerjaan yang lebih fleksibel jika gaji dan skop kerja masih kekal sama.
.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda lebih sukakan kerja yang fleksibel, atau kerja yang tetap?
.
Sumber: [1]