300,000 Durian Musang King Habis Terjual Secara Online Dalam Masa Satu Jam Di China

300000 durian musang king habis terjual secara online dalam masa satu jam di china

Jangan ingat orang Malaysia je yang gila dengan durian Musang King. Dekat China permintaan terhadap raja buah ini sangat tinggi tau.

Baru-baru ini, 300,000 Durian Musang King telah berjaya dijual dalam masa satu jam sahaja di atas talian di China. Menurut laporan South China Morning Post, jualan tersebut merupakan sebahagian daripada festival durian online yang diadakan di Qinzhou.

Dianggarkan seberat 60 tan durian telah dijual dalam masa 50 minit 48 saat dengan anggaran jumlah jualan sebanyak RM61.2 juta atau (US$14.7 juta) wow banyak tu!

Jumlah rekod jualan itu telah diumumkan ketika pelancaran festival durian teersebut yang telah dijalankan secara atas talian melalui tiga tempat iaitu di Qinzhou, Kuala Lumpur dan juga Raub, Pahang.

Perghh! Memang power lah!

Sumber: South China Morning Post