Mungkin ramai yang percaya bahawa nenas boleh menyebabkan keguguran jika diambil wanita di awal keguguran kerana buah ini ada sifat ‘tajam’.

Namun sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?
.
Menurut laporan, buah nenas mengandungi vitamin C yang baik dalam membantu menguatkan sistem imun dan memberi perlindungan untuk ibu hamil. Terdapat juga bahan dalam nenas disebut sebagai bromelain, yang amat berkesan melawan gejala selesema.

Bromelain disebut-sebut sebagai punca yang boleh memecahkan protein yang membentuk janin, maka disebabkan itu buah nenas dikatakan boleh menjadi punca keguguran kepada ibu baru hamil.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong dakwaan nenas sebagai punca keguguran. Sebaliknya, ibu hamil perlu memakan lebih tujuh biji nenas sehari untuk menerima kesan negatif pada kehamilan mereka.
Menerusi pandangan dari bawah mikroskop, dapat kita lihat jarum tajam yang ada dalam sebiji buah nenas.
Watch on TikTok
Jarum ini tidaklah mendatangkan bahaya kepada ibu hamil, sebaliknya ia adalah kristal yang bernama raphides, terbentuk dari kalsium oksalat iaitu sebatian kimia yang wujud dalam nenas dan kebanyakkan tumbuhan lain. Maka, nenas adalah tidak membahayakan kepada ibu baru hamil.
Namun sebagai langkah berjaga-jaga, ibu yang baru hamil dinasihatkan untuk ambil tidak lebih dua biji nenas setiap minggu. Elakkan juga nenas muda kerana ia boleh menyebabkan keracunan.

Dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar untuk diet dan pemakanan yang sesuai dengan anda.
Sumber: Hello Doktor / Tiktok