21 Tahun Kabhi Kushi Kabhie Gham, Kareena Kapor & Kajol Bersatu Semula Dalam 'Reunion' Spontan

Hampir genap 21 tahun sejak filem blockbuster Bollywood, Kabhi Khushi Kabhie Gham dikeluarkan.

11 tahun kabhi kushi kabhie gham, kareena kapor & kajol bersatu semula dalam 'reunion' spontan

Baru-baru ini, tular pula momen antara kedua-dua pelakon dari filem itu, iaitu Kareena Kapor dan Kajol yang ‘bersatu’ semula menerusi satu pertemuan, yang sempat dirakamkan lensa kamera.

Difahamkan bahawa Kareena Kapoor Khan dan Kajol mengadakan pertemuan tersebut di sebuah studio filem pada petang Khamis lalu.

Kedua-dua bintang itu dilihat berpelukan antara satu sama lain ketika bertemu, dan secara kebetulan mengenakan baju berwarna putih dan seluar hitam yang saling berpadanan!

Dalam klip tular itu, Kajol dapat didengar bertanya kepada Kareena, “Bagaimana keadaan bayi baru awak (Jeh Ali Khan)?”

Kareena kemudian membalas dengan senyuman, “Ya tuhan, sudah setahun. Kami semua terkena COVID dan segala-galanya.”

Pada waktu itu juga, Kajol memberitahu bahawa dia turut pernah diuji positif.

Kedua-dua pelakon jelita itu kemudian berkongsi tawa mengenai suami mereka dan memeluk antara satu sama lain sebelum memasuki kereta masing-masing.

Kareen dikatakan berada di studio pada waktu itu untuk melakukan penggambaran bagi komitmen kerjanya.

Sumber: [1]