100 Doktor Israel Setuju Bom Semua Hospital Di Gaza

Seramai kira-kira 100 orang doktor dari Israel dilapor telah menandatangani surat terbuka menyeru agar tentera mereka mengebom semua hospital di bumi Gaza, dan menuduh ia adalah lokasi yang digunakan pejuang Hamas.

100 doktor israel setuju bom semua hospital di gaza

Menerusi surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani, mereka menyatakan kewajaran melakukan sedemikian adalah kerana penduduk Gaza membiarkan ia menjadi sarang pengganas.

 

Dalam isi kandungan surat itu juga ada menyatakan adalah menjadi kewajipan pihak tentera menyasarkan seluruh hospital di bumi Gaza.

100 doktor israel setuju bom semua hospital di gaza

"Merekalah (penduduk Gaza) yang membawa kemusnahan ke atas diri mereka sendiri," menurut isi kandungan tersebut. Berikut adalah terjemahan daripada kandungan surat berkenaan:

100 doktor israel setuju bom semua hospital di gaza

Surat tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat kecaman meluas seluruh dunia.

 

Selain hospital, Israel turut menyasarkan ambulans yang membawa penduduk Gaza yang cedera selepas kediaman mereka dibedil.

100 doktor israel setuju bom semua hospital di gaza

100 doktor israel setuju bom semua hospital di gaza

Keganasan berterusan sejak 7 Oktober lalu dengan menyaksikan pendatang haram Israel terus menerus mengebom wilayah Palestin dan mengorbankan kini lebih 10,000 nyawa.

 

Sumber: Sinar Harian