Akaun Anda Akan Dipadam Selama-Lamanya Jika Melanggar Polisi Instagram

akaun anda akan dipadam selama-lamanya jika melanggar polisi instagram

Instagram mengumumkan beberapa garis panduan bagi memastikan pengguna-pengguna platform itu mematuhi peraturan mereka. Perubahan ini akan membantu mereka mengesan dan memadam akaun yang berulang kali  melanggar polisi platform itu.

Para pengguna akan menerima amaran dari Instagram sebelum akaun mereka dipadam selama-lamanya.

akaun anda akan dipadam selama-lamanya jika melanggar polisi instagramAmaran ini adalah untuk memastikan pengguna lebih berhati-hati untuk tidak memuat naik kandungan seperti gambar bogel, pornografi, meninggalkan komen berunsur buli, berkaitan dadah, menyokong keganasan serta perkauman.

Pengguna juga dibenarkan untuk membuat rayuan, jika mereka tidak bersalah rekod mereka akan dipadam.

Sama seperti Facebook, mereka akan lebih konsisten dan memegang orang yang bertanggungjawab muat naik kandungan yang tak sepatutnya di Instagram.

Update ini merupakan langkah penting dalam memperbaiki polisi dan menjaga platform Instagram sebagai tempat yang selamat dan supportive.

Sumber