Stanley Eksperimen: Uji Kaji Orang Baik Pun Boleh Jadi Jahat Jika Diberi Kuasa

 

stanley eksperimen: uji kaji orang baik pun boleh jadi jahat jika diberi kuasa

Apa eksperimen paling menakutkan yang pernah korang buat? Paling scary pun mungkin bedah katak atau tikus kan?

Korang tahu tak dalam sejarah eskperimen dunia, ada orang pernah buat eksperimen sehingga berlaku kematian semata-mata untuk membuktikan hipotesis mereka.

Stanley Experiment adalah satu uji kaji psikologi di mana mereka mahu mengkaji kepatuhan seseorang terhadap orang yang mempunyai kuasa.

Stanley Experiment ini juga mahu membuktikan bahawa seseorang itu akan atau boleh menjadi kejam seandainya mereka diberi kuasa.

Eksperimennya begini. Seseorang dipilih sebagai subjek. Subjek tersebut akan dibenarkan untuk menggunakan elektrik bagi menghukum pesalah yang berada di bilik lain. Mereka dijanjikan untuk tidak dikenakan sebagarang tindakan sekiranya orang yang berada di bilik sebelah mengalami apa-apa kecederaan.

Uji kaji bermula dengan kadar elektrik 15 volt. Lama kelamaan ada subjek yang sanggup menaikan kadar renjatan elektrik sehingga 400 volt. Biarpun subjek mendengar jeritan, lolongan dan sebagainya, namun, itu langsung tidak menghalang mereka untuk terus mengenakan elektrik kepada pesalah.

Hasil kajian membuktikan bahawa orang yang baik juga mampu menjadi jahat seandainya mereka diberi kuasa. Apa yang menyayat hati adalah ada dalam kalangan mereka yang mati disebabkan terlalu tinggi kuasa elektrik yang dikenakan.

Sumber: Psychology HArvard