Pengalaman Kena Sampuk Di Nights of Fright 7

pengalaman kena sampuk di night of fright 7

Siapa pernah pergi Nights Of Fright?

Kalau yang pernah pergi mesti tahu pengalaman macam mana kan? Haaa… Kalau korang tak tahu, Nights Of Fright kembali lagi untuk edisi yang ke 7. Seperti biasa, NOF diadakan setiap tahun di Sunway Lagoon.

Jadi, kami telah dijemput pada malam pembukaan Nights Of Fright tersebut bagi merasai sendiri pengalaman dikelilingi hantu-hantu yang ada di situ. So, kalau korang follow Instagram SYOK, mesti korang tahu macam mana ‘havoc’ nya saya dan Khalie masuk rumah hantu, kan?

Untuk tahun ini, ada 8 buah rumah hantu yang berbeza dan mempunyai cerita yang tersendiri. Disebabkan masa yang suntuk, kami cuma sempat merasai 4 buah rumah hantu sahaja. Antara rumah hantu yang sempat kami terjah ialah Horrorwood, The Hotel Deville, Horrorjuku (Hantu Jepun) dan Sharknado.

pengalaman kena sampuk di night of fright 7

Setiap tahun, Nights Of Fright ada tarikan rumah hantu utama (macam signature gitu). Untuk tahun ni, NOF bawakan sebuah rumah hantu yang diadaptasi daripada filem Sharknado (Shark Tornado). Yang ni korang kena masuk!

Kalau korang dah masuk satu rumah hantu dan dah serik, korang boleh naik 11 rides yang ada. Antara rides yang disediakan ialah Tomahawk, Pirate’s Revenge, Colorado Splash dan macam-macam lagi.

pengalaman kena sampuk di night of fright 7

Kalau korang takut nak naik rides juga, korang boleh tengok persembahan dekat stages yang disediakan. Ada banyak aktiviti menarik dekat Nights Of Fright Main Stage dan juga korang boleh menang macam-macam hadiah. Kalau korang nak tengok persembahan api, boleh ke Blood Temple Stage.

Dah penat bermain dan menjerit, jangan lupa untuk beli something sebagai souvenir. Bukan selalu ada Nights of Fright ni. Kami cadangkan korang try air dalam Blood Bag tu. Perghhh. Memang best.

Acara wajib yang korang kena buat semestinya tangkap gambar dengan hantu-hantu di sekitar Nights of Fright. Serius diorang punya presentation dan make up memang tip top. Nampak real!

Harga tiket bermula daripada RM79 dan korang akan dapat tiket bersama D evil’s Horn atau Blood Bag (kena pilih satu je). Tapi, kalau nak express lane korang boleh beli Combo Package pada harga RM158 dan korang akan dapat tiket masuk, express lane dan juga Devil’s Horn atau Blood Bag (kena pilih satu je).

Tiket boleh didapati di https://sunwaylagoon.com/nof7. Untuk info lebih lanjut korang boleh call 603 5639 0000, atau lawati www.sunwaylagoon.com. Tak pun cari je www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Pergi cepat sebab masa dah suntuk. Nights Of Fright 7 akan berakhir pada 3 November ni. So, dapatkan tiket secepat yang mungkin dan rasai pengalaman dirasuki hantu Nights Of Fright!

Tips: Kalau korang malas beratur, upgrade je tiket korang tu jadi Express Lane. So, masa menunggu untuk masuk rumah hantu tu dalam 20-30 minit je.

 

pengalaman kena sampuk di night of fright 7

Azwar Kamaruzaman