Ular Sawa Seberat Setengah Tan, Panjang 20 Meter Ditemui Di Sarawak

ular sawa seberat setengah tan, panjang 20 meter ditemui di sarawak

Korang boleh bayang tak macam mana besarnya ular sawa seberat setengah tan dan sepanjang 20 meter? Besar tu weh!

Baru-baru ni, sekumpulan petugas kaji bumi yang sedang mengkaji di sekitar Hutan Tanjung Lutong,Lingga, Sri Aman Sarawak telah bertemu dengan ular sawa sebesar itu.

Mereka terserempak dengan haiwan reptilian tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke tapak kajian mereka. Bagaimanapun, ketua kumpulan tersebut, Marjuki Mui berkata, kumpulan mereka terpaksa mengambil keputusan membunuh haiwan itu kerana takut diancam keselamatan dan tidak mempunyai pilihan lain lagi.

“Di sinilah kami terserempak dengan binatang buas ini, spesies ular ini boleh dikatakan (macam) anaconda yang dianggarkan mencecah berat hampir setengah tan di mana ia meluru ke arah kami dan di jarak 50 meter ia terus mendiamkan diri mungkin pada ketika itu ia terserempak dengan kumpulan kami.
 

“Mungkin ia berfikir sama ada menyerang ataupun tidak, jadi kami sekumpulan berpakat untuk menghalau atau membunuh binatang tersebut jika tidak bunuh kami fikir kami merasakan kami terancam kerana setiap hari kami menggunakan kawasan ini sebagai laluan harian kami untuk ke tempat kerja,” kata Marjuki ketika ditemui.

Sumber: Astro Awani