Lelaki Diserang Sotong Kurita Garang Ketika Mandi Pantai

Momen percutian bersama keluarga bertukar menjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka apabila seorang bekas penyelamat pantai diserang seekor sotong kurita yang melilit lehernya.

lelaki diserang sotong kurita garang ketika mandi pantai

Mangsa yang bernama Lance Karlson, 34, sedang bermain anaknya yang berusia dua tahun di pantai Geographe Bay, Dunsborough ketika dia ternampak sotong tersebut cuba menyerang seekor burung camar.

Katanya, “Pada mulanya saya ingat ia seekor ikan pari. Tetapi saya terlihat sesungut kurita apabila ia cuba menyerang burung camar itu.”

Lanjutnya lagi, dia kemudiannya bergerak untuk mandi di dalam laut kira-kira 20 minit kemudian.

Namun entah dari mana, sotong tersebut tiba-tiba menyerang pada bahagian leher.

“Saya sedang meneliti beberapa cengkerang di dasar laut apabila diserang sotong kurita itu di bahagian tangan sebelum ia menyerang leher saya.

“Saya bergegas keluar daripada air dan apabila tiba di pantai, saya terlihat kesan sesungut kurita di bahagian leher saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, isterinya kemudian bergegas menuangkan air Coke pada bahagiannya sebagai bantuan kecemasan untuk meredakan kesakitan tersebut.

Terang Karlson, mereka tidak mempunyai sebarang cuka mahupun cecair berasid pada ketika itu.

"Ketika itu kami tidak mempunyai cuka atau cecair berasid jadi isteri saya tuang air Coke ke atas saya dan ia sangat membantu melegakan kesakitan.”

Berikutan kejadian itu, Karlson menyifatkan sotong tersebut sebagai sotong kurita paling garang di Geographe Bay yang pernah dilihatnya.

 

Sumber: [1]