Dibina Di Atas Kawasan Perkuburan, Lapangan Terbang Ini Dikatakan Berhantu

Bunyinya mengerikan namun itulah hakikatnya, yang mana sebuah lapangan terbang yang terletak di Thailand sebenarnya dibina di atas tanah perkuburan.

dibina di atas kawasan perkuburan, lapangan terbang ini dikatakan berhantu

Lapangan terbang yang dibuka pada 2006 itu dikhabarkan sebagai antara tempat yang paling berhantu di negara tersebut.

Terletak di luar pusat bandar Bangkok, iaitu di wilayah berdekatan Samut Prakan, kawasan tersebut dahulunya merupakan kawasan paya luar bandar yang dikenali sebagai Paya Cobra (Nong Nguhao).

Namun, daerah tersebut kemudian dikeringkan untuk memberi laluan kepada pembinaan lapangan terbang baru itu.

Tapi, apa yang tidak diketahui ramai ialah bahagian tanah yang sama itu juga sebenarnya merupakan tanah perkuburan kuno.

Sewaktu berlangsungnya pembinaan tersebut, ramai pekerja mengatakan mereka pernah menyaksikan pelbagai kejadian aneh hingga ada juga berlaku sejumlah kemalangan maut.

Menurut satu laman dalam talian, kemalangan tersebut berpunca daripada mereka yang terdengar suara yang menyanyi, merintih dan meratap.

Susulan daripada kejadian itu itu, ada yang jadi enggan bekerja sama sekali.

dibina di atas kawasan perkuburan, lapangan terbang ini dikatakan berhantu

Di awal pembukaan lapangan terbang tersebut, sekumpulan pekerja di situ dikatakan pernah mengadakan upacara besar untuk menenangkan dan membuang roh.

Beberapa saksi pernah mengakui bahawa mereka pernah terserempak dengan hantu wanita yang membawa bayi.

Hantu wanita itu digambarkan sebagai ‘wanita pucat’, dan dikatakan sering melintas di hadapan kenderaan untuk menakutkan pemandu hingga menyebabkan terjadinya sejumlah kemalangan.

Selain itu, terdapat juga laporan mengenai saksi termasuklah pekerja lapaangan tersebut dan penumpang yang mengatakan mereka pernah terdengar bunyi aneh yang tidak dapat dijelaskan di perkarangan.

Ada yang bilang, ketika mereka bersendirian di kawasan tersebut, mereka terdengar suara hantu meratap yang nyaring dan adakalanya, muzik klasik Thailand pula yang akan muncul.

Lebih mengejutkan, tempat tersebut juga sering dikaitkan dengan beberapa kemalangan kereta, kegagalan peralatan dan insiden yang melibatkan trak bagasi.

dibina di atas kawasan perkuburan, lapangan terbang ini dikatakan berhantu

Salah satu peristiwa terbesar yang pernah terjadi di lapangan tersebut ialah insiden yang melibatkan kapal terbang, terjadi pada 2013, yang mana salah sebuah pesawat dikatakan hilang kawalan dan tergelincir di landasan ketika mendarat.

Walaupun ramai yang menyalahkan unsur paranormal terhadap kejadian insiden terbabit, namun ada juga yang mengatakan bahawa terdapat hantu pramugari yang baik hati yang telah membantu operasi menyelamat nahas tersebut.

Paling merisaukan, lapangan terbang tersebut juga telah menyaksikan kes bunuh diri yang agak tinggi, dengan beberapa orang melompat dari kawasan terminal yang lebih tinggi.

dibina di atas kawasan perkuburan, lapangan terbang ini dikatakan berhantu

Pihak lapangan terbang tersebut kemudiannya mendirikan penghalang kaca untuk mencegah kes sebegitu daripada terus berlaku.

Ramai yang mempercayai bahawa terjadi kes sebegitu adalah disebabkan roh jahat yang masih menghantui kawasan itu.

Sehingga kini, sesi ritual sembahyang kerap yang adakalanya turut disertai pihak berkuasa lapangan terbang tersebut diadakan di kuil-kuil lapangan tersebut untuk menenangkan roh-roh yang masih berkeliaran di situ.

 

Sumber: [1