Aneh, Kubur Terletak Betul-Betul Di Tengah Jalan Raya

Bunyinya kedengaran pelik, namun itulah yang berlaku di Sivas, Turki yang mana penduduk setempat di salah satu kawasan kejiranan di bandar itu terpaksa ‘pasrah’ dengan pemandangan kubur yang terletak di tengah-tengah jalan raya berhampiran rumah.

aneh, kubur terletak betul-betul di tengah jalan raya

Lagi menyeramkan, jalan yang dikenal pasti sebagai Jalan Yeni Mahalle Hamzaoğlu itu merupakan antara jalan raya utama yang terletak di bandar terbabit.

Bagaimanapun, tanah perkuburan itu dikatakan telah pun wujud sejak bertahun-tahun lamanya, namun ia hanya menjadi tular setelah foto dan rakamannya tersebar di media sosial.

Katanya terdapat nama ‘Gariban Martyr Baba’ yang tertulis pada batu nisan kubur itu.

Tetapi, tetap tiada sesiapa di situ juga yang berhasil mencari tahu siapakah gerangan yang dikuburkan di situ. Namun, mereka percaya bahawa orang yang dikebumikan di tapak itu merupakan seorang sarjana yang berasal dari latar belakang yang bukan calang-calang.

Berdasarkan perkongsian salah seorang penduduk berhampiran, pernah ada penduduk bermimpi mengenai roh pemilik kubur itu yang mana, ia memberitahu bahawa tapak perkuburan itu pada asalnya merupakan altar suci.

Si mati dikatakan terus muncul dalam mimpi penduduk setempat lain yang baru berpindah ke situ, sehingga akhirnya menyebabkan mereka yang tinggal di kawasan berhampiran itu untuk membiarkan sahaja tanah perkuburan kekal berada di tapak itu.

 

Sumber: [1]