Pelajar Perlu Rehat, Wujud Cadangan Guru Dilarang Beri Kerja Sekolah Pada Hujung Minggu

Kerja sekolah merupakan tugas yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk dikerjakan di luar waktu persekolahan. Ia bertujuan untuk memperkuat pemahaman dan mengembangkan kemahiran pelajar dalam subjek yang dipelajari.

pelajar perlu rehat, wujud cadangan guru dilarang beri kerja sekolah pada hujung minggu

Selepas hampir 10 jam para pelajar berada di sekolah, kini wujud cadangan di Filipina agar pelajar perlu berehat dan tidak diberikan lagi bebanan kerja sekolah khasnya ketika cuti hujung minggu.

 

Cadangan diutarakan oleh seorang ahli politik Filipina, Sam Versoza, dalam Dewan Perwakilan Filipina, yang mengemukakan usul undang-undang bertujuan untuk menghalang guru daripada memberikan kerja rumah kepada pelajar sekolah rendah dan menengah pada hujung minggu.

pelajar perlu rehat, wujud cadangan guru dilarang beri kerja sekolah pada hujung minggu

Pada tahun 2010, Jabatan Pendidikan negara itu telah mengeluarkan memorandum melalui pemberitahuan kepada guru-guru supaya memberikan jumlah kerja rumah yang munasabah kepada pelajar sekolah rendah pada hari bekerja.

 

Menurut pemberitahuan tersebut, tiada kerja rumah sepatutnya diberikan pada hujung minggu.

 

Rang Undang-Undang (RUU) yang dicadangkan oleh Versoza bertujuan untuk melaksanakan arahan ini di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

 

Ahli-ahli undang-undang telah berusaha untuk melaksanakan dasar 'tiada kerja rumah pada hujung minggu' sejak Kongres ke-17, yang berlangsung dari tahun 2016 hingga 2019. Namun, langkah-langkah ini masih menunggu kelulusan Jawatankuasa Pendidikan Asas dan Kebudayaan.

 

Dalam ucapannya, Versoza menekankan bahawa pelajar telah menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan kerja rumah mereka. Malah, dalam beberapa keadaan, ibu bapa sendiri terpaksa mengambil alih tugas-tugas persekolahan anak-anak mereka.

pelajar perlu rehat, wujud cadangan guru dilarang beri kerja sekolah pada hujung minggu

Versoza menyatakan kebimbangan beliau, dengan berkata, "Belia Filipina bekerja terlalu banyak, namun Filipina masih tertinggal di belakang negara lain."

 

Beliau merujuk kepada laporan terkini yang menunjukkan purata skor kecerdasan (IQ) warga Filipina adalah 81.64, sementara purata IQ global adalah 100. Filipina menduduki tempat ke-111 daripada 200 negara dari segi purata IQ.

 

Situasi ini menimbulkan kebimbangan dan menjadi bukti bahawa Filipina sedang menghadapi krisis pendidikan. Versoza dalam pada itu menekankan perlunya memperbaiki sistem jika ia tidak berfungsi dengan berkesan.

 

Sumber: HMetro