‘‘Saya Jatuh Cinta,’’ Wanita Nekad Mahu Kahwini Lampu Antik

Aneh tapi itu yang terjadi kepada seorang wanita yang berhasrat mahu mengahwini sebuah lampu antik yang berusia 93 tahun.

 

Amanda Liberty mengakui jatuh cinta kepada lampu chandelier antik ini dan kasih sayangnya semakin berkembang dari hari ke hari berbanding terhadap manusia.

‘‘saya jatuh cinta,’’ wanita nekad mahu kahwini lampu antik

Menurutnya, lampu chandelier Germain yang diberi nama Lumeire ini akan dikahwininya dalam masa beberapa bulan akan datang.

 

“Saya tidak melihat Lumiere sebagai objek biasa seperti mana dilakukan orang ramai.

“Ia sesuatu tenaga yang anda dapat rasakan. Begitulah perasaan saya alami. Saya benar-benar jatuh cinta,” katanya.

‘‘saya jatuh cinta,’’ wanita nekad mahu kahwini lampu antik

Menurutnya lagi, beliau juga tidak pasti tentang perasaan dirinya terhadap objek, sehinggalah beliau mula menyukai sebuah alat drum.

 

“Agak sukar menjelaskan, saya pun tidak tahu mengapa saya jatuh cinta dengan objek. Ia sesuatu yang tidak dapat diterangkan,” katanya.

 

Perasaan jatuh cinta kepada objek tidak bernyawa ini disebut sebagai objectophilia. Pernah terjadi pada tahun 2009, seorang wanita, Erika Eiffel mengejutkan orang ramai apabila beliau mengahwini menara Eiffel di Paris.

 

Sumber: Times Now